About Me

i care NOT what others think of what i do. but i care VERY MUCH about what i think of what i do. and yes, the key to failure is trying to please everybody. for me, it is better to be hated for what i am than being loved for what i am not.

Thursday, February 7, 2008

Rutin

Seawal jam 7 pagi aku telah memanaskan enjin kereta kerana aku harus menghantar dan menemani emakku ke hospital untuk menepati temujanjinya dengan doktor. Yelah, kang kalau tak panaskan enjin, kena bambu ngan abang aku. Sia-sia je kena bebel tak pasal-pasal. Seperti biasa, baik pulih jalan di sekitar Tampoi telah memberikan sedikit sebanyak tekanan kerana aku terpaksa bersabar dengan kesesakan lalu lintas yang agak melampau. Kereta semakin banyak, tapi isi keretanya cuma sang pemandu. Manalah tak sesak, kalau dah satu kereta sorang.

Setibanya di perkarangan Hospital Sultanah Aminah, kesabaran aku diuji sekali lagi kerana, tempat letak kereta untuk orang awam tidak dapat menampung pelawat yang datang. Apa yang membuatkan hati aku panas ialah kelihatan di tempat letak kereta 'staff' hospital nampak lengang kerana masih ada banyak ruang-ruang kosong. Punyalah banyak tempat kosong, menyirap gak darah aku sebab nak kena tunggu lama cari 'parking', dahlah aku ni lapar! Huahahaha.. Seharusnya pihak hospital lebih memikirkan kebajikan orang awam yang lebih memerlukan. Aku berlegar-legar dikawasan letak kereta lebih dari setengah jam sehinggalah ada seorang pelawat ini bergerak keluar meninggalkan hospital. Lega sikit hati aku..
Sekitar jam 1 tengahari baru semua urusan temujanji selesai. Masa on the way balik, ada satu kemalangan membabitkan 4 buah kereta di sekitar kawasan Pantai Lido. Teruk gak kemalangan tu. Masa aku tengah syok drive tuy, tetiba je mak aku ajak gi Kipmart sebab nak berbelanja untuk kenduri doa selamat yang dibuat pada hari Khamis ni, 7 Febuari. Banyak gak mak aku membeli belah barang dapur. Penuh satu troli. Lepas tu, tanpa melengahkan masa aku terus memandu ke Pejabat Pos Batu 10 untuk menyelesaikan bil-bil yang tertunggak. Tetiba muncul kelibat Madihah, si cikgu sekolah agama yang kini kelihatan lebih bijak bergaya.. Hehehe.. Sejurus selepas itu aku pergi ke Maybank Taman Universiti kerana mahu mendeposit tunai wang. Bank Rakyat merupakan destinasi berikutnya kerana aku telah berjanji dengan anak saudara aku, Aida untuk memasukkan duit simpanannya ke dalam bank. Jam 4 petang baru aku selamat sampai tiba dirumah. Selesai je aku makan, aku cepat-cepat bersiap nak pergi ke bandar sebab nak berjumpa ngan kawan yang kebetulan berada disana. Dah lama gila aku tak pergi Citu Square, tak banyak perubahan tapi still ok-lah. So tanpa melengahkan masa, aku cepat-cepat pergi ke tingkat dua menemui Elle dan kengkawannya sedang menunggu disana. Kelihatan Kirana, Che'A, Paul, Israq dan kawannya ada sana. Pada mulanya kami berniat nak tengok movie kat CS, tapi ada di antara mereka yang suggest untuk pergi ke Leisure Mall kononnya harga tiket lebih murah disana dan parking pun free... Hahaha.. save budget.. Malangnya tak ada satu filem pun yang menarik perhatian kami untuk menonton, so we decided to lepak-lepak je dan main game. Aku dan Elle main game cari perbezaan dua gambar. Best gak main game tu, hahahaha..

Lebih kurang nak pukul 8 aku terpaksa bergerak pulang sebab abang aku nak pakai kereta. Alahai spoil-lah.. Masa on the way balik, aku singgah McD dat sebab nak beli set Cheeseburger... Nyum3x..Lebih kurang pukul 9 malam, tak sampai sepuluh minit aku dirumah, kawan aku Richard ajak kuar lepak. Dia amek aku dan kitaorang lepak kat A&W Taman Universiti.




1 comment:

elyias omar said...


erm...
kesian u kan..
dah la penat..
kena pg cs plak tue..
;P


.:eLLe:.

*wink*