About Me

i care NOT what others think of what i do. but i care VERY MUCH about what i think of what i do. and yes, the key to failure is trying to please everybody. for me, it is better to be hated for what i am than being loved for what i am not.

Saturday, January 26, 2008

Kelapa Muda

Hie everyone..

Hari ini hari sabtu, dan aku kini berada di kampung halaman (perumahan ye bukan kampung) huahaha.. Aku balik jb kelmarin, hari khamis yang lepas sebab semalam (jumaat) aku ada appointment. So, esok aku akan balik Shah Alam balik, tiket bus pun dah beli dah tadi. Naik bus Mara Liner, murah je harga tiketnya, Rm 24.00 aje. So lepas beli tiket tadi, aku dok pusing-pusing area umah aku nak cari kelapa muda katanya. Mak aku yang nak sangat, so sebagai anak yg mithali, kena lah cari sampai dapat. Pusing-pusing tak dapat, aku pun pergi Pasar Peladang kat Batu 10. Memang ada kelapa muda, tapi dah kerepot macam tuan penjualnya. Ishk, dah tau dah buruk kelapa tu, dok masih nak display, aparaaa.. So dengan hati yang berkobar-kobar, aku pun drive ke Jusco Taman Universiti nak cari kelapa muda.

Alahai, macam explorace la plak. Sesampai je aku kat Jusco, takde parking, tah kenapa tah bukan main ramai kelibat manusia kat sana. Bila dapat je parking, terus aku meluru masuk ke dalam... Fuiyoo, lega banget.. Air con sejuk.. besh besh besh... No wonder la ramai, rupanya sekarang dok promosi sale untuk Raya Cina la..

Kelapa yang aku beli harganya baru Rm 1.79. Kadang-kadang aku berfikir, kenapa harga menda tu menda ni, tak nak dibundarkan terus. Satu sen bukannya tak berharga, tapi susah nak kendalikan duit seciput tu la. Kan lebih senang kalau kenakan harga Rm1.80, senang nak kira.

Aku tak lepak lama kat Jusco, dapat kelapa muda, terus drive balik. Yela... mak aku dah tunggu kehausan.. hauhaha.. So masa aku drive, ada la malaun mana tah suka suki je memotong tanpa fikirkan keselamatan pemandu lain. Lahabau cakcibao betul drebar tu. Pakai wira electric blue. Aku pun panas arrr bila ada yg dok potong memotong tanpa beri signal, lelebih lagi kat jalan kecil, kalau highway tu lain kirala... space besar sket kan. Memang macam haram! So aku dengan penuh konfiden, potong wira biru tu, alahai... rupanya drebar nye pompuan.. bawa anak-anak kecil plak tu. Aku pun pecut terus masuk lane dia, then aku sengaja drive pelan-pelan. Padan muka minah tu. Bukannya apa, dah la bawa nak, cuba la fikirkan keselamatan sendiri dan anak-anak kalau tak fikirkan pemandu lain. Bangang tul!!!

Anyway, semalam aku semalam gi timbang berat badan aku, yay, dah naik another kilo. Sekarang berat badan aku ialah 61kg. Masa balik sampai rumah hari tu, mak aku dan adik beradik yang lain semua tegur perubahan fizikal aku yang kelihatan berbeza. Mereka cakap yang muka aku dah agak penuh, tulang dah tak berapa nampak dan yang paling penting, perut dah naik.. Uwaaaaaaaaaaa.. Aku boroi la..

Okla, aku nak log off, nak kemas2x untuk balik Shah Alam esok, tak sabar nak balik sebab ada benda best nak attend, apa apa pun nanti aku update dan post dalam blog ok? Tata u ols... Muah.. Hauhahaha

3 comments:

NurAqilah Ismail said...

lain kali..turun n sound je driver tu..nnt bila sumthing bad happen..mula la nk meraung "anakku"..hahaha

KC said...

edy..

boroi??
klu dh smpi mcm perut aku bagtau la yer...

nak juga amek gambar...
hehehhe

adika said...

to qila : tu la.. nak je trun bg ceramah kat minh tu.. tapi kat highway dah.. hurm..

to assim: eh.. anytime je.. tapi aku tgk ko da susut la sim skrg..