About Me

i care NOT what others think of what i do. but i care VERY MUCH about what i think of what i do. and yes, the key to failure is trying to please everybody. for me, it is better to be hated for what i am than being loved for what i am not.

Monday, January 28, 2008

Jumpa




Ahad yang lepas, aku berpeluang pergi menyaksikan Anugerah Juara Lagu sebab Elly dan Daia ajak aku pergi. Kalau diorang pergi, sah-sahla aku pergi since both of them are my BFF. Haaaa.. Elly ada 4 tiket Kristal, manakala Daia plak ada 2 tiket Platinum. Tapi, seperti kengkawan aku yang lain sedia maklum, kekonfidenan Daia, telah membawa aku, Elly, dan Ida semua pergi duduk kat seat Platinum, betul-betul depan stage, belakang seat artis-artis. Salute!

Kami sampai seawal jam 5 petang sebab dok tunggu si Eliza dan Ida. So time ngah tunggu tu, terserempakla ngan sorang junior aku ni. Junior aku ni pada mulanya aku suka ngan dia sebab kami klik. Tapi, namapun manusia, dia berubah menjadi jenis lupa diri, bangga diri dan yang sewaktu dengannya. Aku plak pantang kalau dipandang sebelah mata, so sebagai reaksi spontan aku, aku langsung tak pandang keberadaannya. menyampah nak mampus tengok muka lahanat tu! Macam hanj!

Selain daripada tu, aku pun terserempak ngan ex aku yang kebetulan tengah bekerja area tu. Tah tak tau kenapa, dia macam segan-segan dan tak berani nak bersua ngan aku. Pelik gak, sebab sepanjang tempoh kitaorang berpisah, dia selalu gak sms aku dan buat supersaver kol aku. Tapi bila jumpa, di ala ala malu. Takpelah...

Tah tak tau kenapa, aku rasa ahad lepas seperti hari REUNION sedunia sebab jumpa kawan lama, ex-classmates, ex-coursemates, senior, junior, ex, scandals dan sebagainya. Huahhaa.. Elly ngan Daia sibuk nak terkench sebab minum air banyak sangat. So, kami pun carilah toilet sekitar Stadium Putra tu, tengah dok pusing-pusing cari toilet, terserempak plak ngan pasangan teman tapi mesra si Azim dan Assim. Turut kelihatan Hafiz ngan kawan dia. Makin comel aku tengok si Azim, si Assim plak nampak susut.. Kepenatan praktikal agaknya...

Oklah, enuff about tu semua, jom kita borak pasal AJL. Seperti yang aku jangkakan, lagu Itu Kamu dendangan Estranged menang kategori Pop Rock manakala Samudera nyanyian Nora menang Etnik Kreatif. Jangkaan aku terhadap kategori Balada ternyata tersasar, aku pada mulanya ingat bahawa lagu Harapan Fazli Zainal ada harapan mengaut hadiah kategori Balada, tapi rupanya rezeki lebih berpihak kepada lagu Izinkan ku Pergi ciptaan Sulu Sarawak dan Azlam Abu Hassan. Lagu tu sebenarnya dendangan asal Kaer Azmi tapi dinyanyikan oleh Sahri pada malam tersebut.

Sebenarnya bukan Sahri sahaja yang menggantikan penyanyi asal yang sepatutnya mewakili lagu yang bertanding, tapi Fiq dan Bob juga menggantikan lagu nyanyian Faizal Tahir iaitu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta. Terus terang aku cakap, versi nyanyian Bob untuk lagu Kasih Tercipta lagi best dari Faizal Tahir walaupun Bob tak menghafal lirik lagu tersebut. Mungkin ramai yang tak perasan, tapi sebenarnya masa Bob menyanyi, dia sibuk dok baca lirik kat skrin tv yang disediakan.

Dari segi vokal, memang Jac dan Lah layak memegang trofi Vokal Terbaik sebab vokal dorg memang mampan dan ada umphh.. walaupun cuba disaingi oleh artis artis lain seperti Bob, Dato' Siti, Fiq dan Fazli. Persembahan terbaik.. humph.. dimana ada sms, disitu bau kemenangan untuk Mawi akan semakin kuat. Ternyata Mawi menang Persembahan Terbaik setelah diadili 50% juri professional dan 50% selebihnya undian sms penonton dirumah. Bagi aku, persembahan paling membosankan malam tersebut ialah persembahan duet antara Misha dan Andy. Si Andy suara tak se-gah biasa sebab ditenggelamkan suara lantang Misha.

Untuk persembahan selingan, aku harus memberikan "Standing Ovation" buat Dayang Nurfaizah. Speechless beb bila dengar dia mengalunkan lagu duet bersama Hattan. Disebabkan persembahan bertenaga dari Dayang dan otai Hattan, persembahan selingan lain seperti Hazami, Nikki, The Lima dan Ziana Zain seakan tenggelam. Sorilah kak Ziana, lagu Keabadian Cinta, perhaps is TOO big for your voice-lah. Tapi, dress Ziana rekaan Rizalman memang cantik gila!!

Anyway, tahniah Estranged sebab menag besar malam kelmarin...

So, lepas habis je event tu, aku, Elly, Daia dan Ida terus je pergi ke Kopitiam Pak Li seksyen 7 untuk melantak.. Huahaha.. Aku ngan Daia makan mee goreng mamak, Ida makan Laksa manakla Elly makan mee sup. Tengah lelepak kat Pak Li, aku terserempak plak ngan jejunior Mass Comm Puncak Perdana ngan Mass Comm Melaka, si Rick, Noel dan Elle. Tulah.. kan aku dah ckp, kelmarin seolah hari reunion sedunia. Huahhaa..

Kat table sebelah plak, kebetulan housemates aku dan kawan aku - Kheme, Ardi, Wan, Fahmi, Syed dan Nik ngah makan.

Oklah.. Tu je updates dari aku. Cau



cuba cari mana aku, Ida, Elly dan Daia

4 comments:

KC said...

ko pon ada org yang buat ko sakit ati ker...
hahhahah

sabar k...

nnt kita reunion lagi..
party segala........

ed pumpkin said...

tau takpe sim..
dorang ni macam TUT.
hauhaa..
ok ok..
reunion.. best gak..

Little Brat™ said...


tak sangka jumpe kt sana...
ape pon ajl kali ini berpihak kepada org yg tk pernah menang dan muka2 baru...
cukuplah datin seri hajah siti menang dihti peminat2nya...


.:eLLe:.

*wink*

f said...

walopon ady iteww ensem

i tetap sentam dorg menang

bencii~!!!!