About Me

i care NOT what others think of what i do. but i care VERY MUCH about what i think of what i do. and yes, the key to failure is trying to please everybody. for me, it is better to be hated for what i am than being loved for what i am not.

Wednesday, March 5, 2008

Ugly Duckling or Swan?



One in a Million 2 yang berlangsung berminggu-minggu akhirnya sampai ke penghujung yang mana gadis cilik hitam manis, Ayu, menjadi pemenangnya. Tahniah Ayu!! Kemenangan Ayu sesungguhnya menjadi pencetus inspirasi kerana Ayu sebelum ini pernah gagal melayakkan diri dalam OIAM musim pertama. Pencapaian Ayu lebih kurang sama dengan pemenang American Next Top Model terbaru iaitu Jaslene. Jaslene sebelum ini pun tidak berjaya melayakkan diri dalam rancangan realiti tersebut pada percubaan pertama kalinya namun terus menjadi juara untuk percubaan keduanya.Pengajaran yang boleh dijadikan teladan ialah, sebagai manusia, kita tidak seharusnya menyerah kalah dan berputus asa sekiranya pernah kecundang. Teruskan usaha dan buktikan kepada semua, InsyaAllah boleh berjaya. Itu yang dibuktikan oleh Ayu dan Jaslene.

Sebutir bintang baru sahaja lahir dalam industri dunia hiburan negara. Semoga kelahirannya menambahkan seri dunia seni negara, bukan seperti pemenang musim pertama, Suki, yang menghilang entah kemana, bertapa memantapkan skil vokal kot. Hahahaha..



1 comment:

f said...

i lurve her~!!

she deserve it