About Me

i care NOT what others think of what i do. but i care VERY MUCH about what i think of what i do. and yes, the key to failure is trying to please everybody. for me, it is better to be hated for what i am than being loved for what i am not.

Saturday, March 29, 2008

i hate..

  • politics
  • liars
  • unable to sleep
  • slow internet connections
  • unable to control myself when i am angry
  • pc-hang
  • betrayed
  • farting in the elevator
  • blurping in the car
  • waiting
  • falling in love with someone via the net/sms
  • my 4th-ex
  • dirty public toilet - eyuck!
  • stupid TV ads
  • suck-up!
  • smelly feet
  • lazi-ness
  • debts
  • unhealthy
  • bureaucracies
  • poops
  • armpit smell - erghh!

and the list goes on.. to be continue..

Saturday, March 22, 2008

Monday, March 10, 2008

Alone




Outcome

The top 12



Kady Malloy, Luke Menard, Asia'h Epperson, and Danny Noriega were eliminated.

Sunday, March 9, 2008

Undi

Parlimen

Barisan Nasional = 140
Pembangkang = 82

Dewan Undangan Negeri

Barisan Nasional = 307
Pembangkang = 196
Bebas = 2

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa keputusan pilihan raya kali ini mengejutkan banyak pihak. Namun, tiada apa yang mampu dikatakan lagi kerana semuanya telah berlaku dan segala keputusan adalah muktamad.

Bagi aku sendiri, keputusan yang paling mengejutkan ialah situasi di Lembah Pantai yang mana Nurul Izzah Anwar, wakil PKR telah mengalahkan Shahrizat. Terkedu seketika apabila keputusan diumumkan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Shahrizat telah banyak melakukan perubahan dan pembangunan bagi para penduduk di kawasan Lembah Pantai. Setinggan dihapuskan, rumah baru diberikan. Fenomena ini seolah-olah ibarat 'kacang lupakan kulit'. Aku sendiri pernah turun padang melihat bagaimana Shahrizat berusaha untuk menaik tarafkan kehidupan penduduk di Lembah Pantai. Selain daripada itu, beliau juga bersungguh-sungguh meningkatkan taraf wanita dan membantu ibu-ibu tunggal. Mungkin ada yang kata, kebaikan dan usaha yang dilakukan oleh beliau sekadar propaganda, namun, kalau dilihat pada perspektif yang positif dan mata kasar, apa yang penduduk Lembah Pantai pada hari ini kecapi, adalah hasil usaha beliau. Samaada ia propa atau naiwatu ikhlas dalam melakukan tanggungjawabnya, Wallahualam, itu antara dia dengan tuhan. Harap-harap Nurul Izzah dapat membuktikan kemampuannya selepas ini kerana ramai yang adore her strength selama ini

Ramai juga pemimpin yang terpaksa mengundur diri dek kekalahan yang diterima. Antaranya ialah Samy Vellu. Apa yang boleh aku katakan disini ialah, faktor tewasnya beliau mungkin kerana disebabkan ramai yang tidak puas hati dengan isu tol dan tampuk pimpinannya yang sudah dianggap basi oleh sesetengah pihak. Ada yang bersuara menyatakan bahawa mereka mahu orang baru memimpin.

Kerajaan tidak kalah, kerajaan menang, tapi pembangkang berjaya dapat kerusi lebih banyak compared to last time. Dimana silapnya? Adakah Barisan Nasional patut dipersalahkan kerana take things for granted? Kerajaan yang ada sekarang lemah? Pihak pembangkang bijak menabur janji? Pihak pembangkang ikhlas dalam usaha menyuarakan suara rakyat? Salah penduduk tempatan yang tidak keluar mengundi? Salah penduduk kerana mudah dipengaruhi dan tidak bijka dalam memilih? Siapa yang patut dipersalahkan?

Apa yang terjadi patut dijadikan iktibar. Bagi aku sendiri, pohon takkan bergoyang daun takkan berguguran jika tiada angin. Pasti ada kesilapan yang telah dibuat. Bertaubatlah kepada mereka yang patut bertaubat. Hahahaha....

Sama ada kerajaan akan bangkit kembali atau barisan pembangkang akan lebih mendominasi pada masa akan datang, kita tunggu dan lihat.

Kepada para pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang yang diluar sana, kotakan janji, berjuanglah demi rakyat. Jangan sekadar wujud apabila berkempen, dan pilihan raya tamat, semua menghilangkan diri. Jadilah pemimpin yang sejati.

Wednesday, March 5, 2008

Ugly Duckling or Swan?



One in a Million 2 yang berlangsung berminggu-minggu akhirnya sampai ke penghujung yang mana gadis cilik hitam manis, Ayu, menjadi pemenangnya. Tahniah Ayu!! Kemenangan Ayu sesungguhnya menjadi pencetus inspirasi kerana Ayu sebelum ini pernah gagal melayakkan diri dalam OIAM musim pertama. Pencapaian Ayu lebih kurang sama dengan pemenang American Next Top Model terbaru iaitu Jaslene. Jaslene sebelum ini pun tidak berjaya melayakkan diri dalam rancangan realiti tersebut pada percubaan pertama kalinya namun terus menjadi juara untuk percubaan keduanya.Pengajaran yang boleh dijadikan teladan ialah, sebagai manusia, kita tidak seharusnya menyerah kalah dan berputus asa sekiranya pernah kecundang. Teruskan usaha dan buktikan kepada semua, InsyaAllah boleh berjaya. Itu yang dibuktikan oleh Ayu dan Jaslene.

Sebutir bintang baru sahaja lahir dalam industri dunia hiburan negara. Semoga kelahirannya menambahkan seri dunia seni negara, bukan seperti pemenang musim pertama, Suki, yang menghilang entah kemana, bertapa memantapkan skil vokal kot. Hahahaha..