About Me

i care NOT what others think of what i do. but i care VERY MUCH about what i think of what i do. and yes, the key to failure is trying to please everybody. for me, it is better to be hated for what i am than being loved for what i am not.

Wednesday, February 27, 2008

Spectacular

michael johns

sayesha mercado
carly smithson

danny noriega

david archuleta

ramiele malubay




i loved em' from the start

Monday, February 25, 2008

Torn

I am so stressed up!!!!!
I know that i must to learn how to control my emotions.
I might have some problems. But i must not take it too hard. I keep telling myself that i have to relax. I want to talk to someone. I want to let it out from my system. I want to tackle it one by one. But i am too weak to do so..
Kenapalah masalah datang secara berterusan. I will never get enough of what i don't want! I am torn apart.. I am extremely demoralized....
Lord, please help me.. Please wake me up so that i can feel the reality of life..

Thursday, February 14, 2008

Idol

AMERICAN IDOL TOP 24 !!

LUKE MENARD
ALAINA WHITAKER
JASON YEAGER
JASON CASTRO
KRISTY LEE COOK
DAVID ARCHULETA
JOANNE BORGELLA
COLTON BERRY
ALEXANDREA LUSHINGTON
ROBBIE CARRICO
RAMIELE MALUBAY
DAVID COOK
KADY MALLOY
DAVID HERNANDEZ
AMANDA OVERMYER
CHIKEZIE EZE
BROOKE WHITE
MICHAEL JOHNS
CARLY SMITHSON
DANNY NORIEGA
ASIA'H EPPERSON
GARRETT HALEY
AMY DAVIS
SYESHA MERCADO


Who win the coveted American Idol title? Don't miss the show okay?

Wednesday, February 13, 2008

V-day

I believe that love is in the air everyday and should be with everyone everyday, not just on V-Day. Am i right?

Cinta is Love.. Love is Cinta..

Bila berbicara tentang cinta acapkali kita menyoal diri, apakah caranya supaya kita dapat merasai cinta sejati seandainya kita sendiri tidak mempercayai cinta. Kenangan perit dan kesakitan yang dialami akibat berpisah dengan kekasih selalunya menjadi penyebab kita tidak berkeyakinan dan tidak berani untuk mencari kekasih hati yang baru. Seringkali ditipu juga membuatkan kita tekad mengunci pintu hati agar tidak dikecewekan lagi.


Cinta.. ia sebenarnya semua bergantung kepada kepercayaan yang ada pada pasangan terhadap kita dan sejauh mana kita mempercayai pasangan kita. Bagi aku, elemen terpenting di alam percintaan ialah kejujuran dan kepercayaan.

Entah kenapa mulut manis dan pandai bermain dengan kata sudah cukup kuat untuk mencairkan hati seseorang. The funny thing is, semua kata manis yang diucapkan tanpa sebarang niat ikhlas dan sebab, mampu membuatkan seseorang itu gila bayang dan tersenyum ala-ala berada di cloud nine.

Is it true dat we r supposed to celebrate Valentine's Day with joy and full of love? Whatever it is, i never really celebrate Valentine and I assume it's just a day dat being fill up with full of sucks!Nah! I don't give a damn..

Tuesday, February 12, 2008

Hargai

Teman baik tak semestinya perlu sentiasa bersama setiap masa, tidak saling memerlukan satu sama lain untuk curahan hati setiap hari, selagi ikatan persahabatan itu masih wujud tegar dalam diri, keberadaannya akan selalu menemani. Pernah orang berkata, teman itu ibarat jari. Jika ia terluka, sembuhnya dengan sendiri. Jika ia hilang, tiada apa yang dapat dijadikan pengganti.


Teman yang baik ingin melihat kita gembira. Teman yang baik juga selalu mendoakan kebahagiaan kita. Teman yang baik mahu melihat kita dimanjakan dengan sang cinta yang berdaya mencorakkan kehidupan dengan warna warni ceria. Teman yang baik juga seringkali disisi tatkala kita dipanahi luka akibat cinta yang tidak kesampaian. Jari jemari digenggam erat tanda sokongan. Ketika kesedihan yang datang menyelubungi ibarat awan gelap yang hadir bertemankan petir dan guruh, tubuh akan hangat dipeluk dan dibelai sang teman seolah merungkai segala kekusutan umpama pelangi yang muncul membawa harapan.


Kehadiran seorang teman ibarat datangnya angin dingin menghembus jauh kedukaan.

Kebaikan seorang teman ibarat hujan yang membasuh bersih kegusaran.

Kemurnian seorang teman ibarat munculnya suria pagi membawa kehangatan kasih sayang.

Kasih seorang teman ihklas ibarat sang siarra menerangi hidup saat dibelenggu kesuraman.


Hargailah teman selagi hati masih suci. Bergembiralah bersamanya selagi dia ada disisi. Ingatilah teman selagi terasa ia amat bererti kerna semalam yang berlalu takkan kembali, hari ini yang dilalui sudah pun terjadi, sama ada esok masih bernyawa, itu belum pasti. Bayangkan teman yang sentiasa menghadiahkan hari kita dengan senyuman tiba-tiba pergi mengembara ke perut bumi. Perginya akan dikesali setiap hari. Kerna tidak pernah kita berkata kepadanya setulus hati, betapa sayangnya betapa hormatnya kita terhadapnya ketika tubuh dan nyawa masih direaliti azali.
Antara Cinta Dan Kasih Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa
Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa
Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Friday, February 8, 2008

Chinese

Happy
Chinese
New Year !!!

Thursday, February 7, 2008

Rutin

Seawal jam 7 pagi aku telah memanaskan enjin kereta kerana aku harus menghantar dan menemani emakku ke hospital untuk menepati temujanjinya dengan doktor. Yelah, kang kalau tak panaskan enjin, kena bambu ngan abang aku. Sia-sia je kena bebel tak pasal-pasal. Seperti biasa, baik pulih jalan di sekitar Tampoi telah memberikan sedikit sebanyak tekanan kerana aku terpaksa bersabar dengan kesesakan lalu lintas yang agak melampau. Kereta semakin banyak, tapi isi keretanya cuma sang pemandu. Manalah tak sesak, kalau dah satu kereta sorang.

Setibanya di perkarangan Hospital Sultanah Aminah, kesabaran aku diuji sekali lagi kerana, tempat letak kereta untuk orang awam tidak dapat menampung pelawat yang datang. Apa yang membuatkan hati aku panas ialah kelihatan di tempat letak kereta 'staff' hospital nampak lengang kerana masih ada banyak ruang-ruang kosong. Punyalah banyak tempat kosong, menyirap gak darah aku sebab nak kena tunggu lama cari 'parking', dahlah aku ni lapar! Huahahaha.. Seharusnya pihak hospital lebih memikirkan kebajikan orang awam yang lebih memerlukan. Aku berlegar-legar dikawasan letak kereta lebih dari setengah jam sehinggalah ada seorang pelawat ini bergerak keluar meninggalkan hospital. Lega sikit hati aku..
Sekitar jam 1 tengahari baru semua urusan temujanji selesai. Masa on the way balik, ada satu kemalangan membabitkan 4 buah kereta di sekitar kawasan Pantai Lido. Teruk gak kemalangan tu. Masa aku tengah syok drive tuy, tetiba je mak aku ajak gi Kipmart sebab nak berbelanja untuk kenduri doa selamat yang dibuat pada hari Khamis ni, 7 Febuari. Banyak gak mak aku membeli belah barang dapur. Penuh satu troli. Lepas tu, tanpa melengahkan masa aku terus memandu ke Pejabat Pos Batu 10 untuk menyelesaikan bil-bil yang tertunggak. Tetiba muncul kelibat Madihah, si cikgu sekolah agama yang kini kelihatan lebih bijak bergaya.. Hehehe.. Sejurus selepas itu aku pergi ke Maybank Taman Universiti kerana mahu mendeposit tunai wang. Bank Rakyat merupakan destinasi berikutnya kerana aku telah berjanji dengan anak saudara aku, Aida untuk memasukkan duit simpanannya ke dalam bank. Jam 4 petang baru aku selamat sampai tiba dirumah. Selesai je aku makan, aku cepat-cepat bersiap nak pergi ke bandar sebab nak berjumpa ngan kawan yang kebetulan berada disana. Dah lama gila aku tak pergi Citu Square, tak banyak perubahan tapi still ok-lah. So tanpa melengahkan masa, aku cepat-cepat pergi ke tingkat dua menemui Elle dan kengkawannya sedang menunggu disana. Kelihatan Kirana, Che'A, Paul, Israq dan kawannya ada sana. Pada mulanya kami berniat nak tengok movie kat CS, tapi ada di antara mereka yang suggest untuk pergi ke Leisure Mall kononnya harga tiket lebih murah disana dan parking pun free... Hahaha.. save budget.. Malangnya tak ada satu filem pun yang menarik perhatian kami untuk menonton, so we decided to lepak-lepak je dan main game. Aku dan Elle main game cari perbezaan dua gambar. Best gak main game tu, hahahaha..

Lebih kurang nak pukul 8 aku terpaksa bergerak pulang sebab abang aku nak pakai kereta. Alahai spoil-lah.. Masa on the way balik, aku singgah McD dat sebab nak beli set Cheeseburger... Nyum3x..Lebih kurang pukul 9 malam, tak sampai sepuluh minit aku dirumah, kawan aku Richard ajak kuar lepak. Dia amek aku dan kitaorang lepak kat A&W Taman Universiti.




Monday, February 4, 2008

Bengkel

Kereta abang aku rosak.
Kena hantar bengkel kereta.
Baik pulih apa yang patut.
Bawa anak sedara aku sekali.
Sebab menangis nak ikut uncle-nya ni, lol.


Daniel

Danish

Enteng

Kebelakangan ini, aku sering diuji dengan masalah berkait dengan hati dan perasaan.
Entah kenapa, begitu mudah aku diperdaya dengan pujuk dan rayu.
Hati mudah lembut dan minda mudah menerima.
Aku bukanlah seorang insan yang mudah untuk mempercayai kata-kata sesiapa.
Curhat yang tersurat seringkali ku pandang enteng.
Aku cuba menyingkap tujuan tersirat.
Namun aku seringkali tewas dalam menilai erti cinta dan kasih sayang.
Barangkali aku terlalu dahagakan belaian seorang teman.
Teman yang boleh ku ibaratkan pancaindera kehidupan.
Telinga untuk mendengar keluhan, hati untuk berkongsi rasa, minda berkongsi rahsia, jiwa berkongsi bahagia.

Saturday, February 2, 2008

Caution

"of all forms of caution, caution in love is perhaps the most fatal to true happiness"

Loved

I have always loved you tho things are not the same anymore...